Thursday 9 May 2013

Pengundi Cina BUKAN rasis; Ini Buktinya

PRU13: Pengundi Cina BUKAN rasis; INI BUKTINYA

oleh

Majdan Dagang

Baca disini: http://tinyurl.com/bmmm855

Tuduhan bahawa orang Cina rasis, tidak mengenang budi, dan ingin jadi PM, TIDAK BENAR DAN TIDAK TEPAT SAMA SEKALI.

Tuduhan-tuduhan ini hanyalah andaian TANPA berdasarkan fakta yang sebenar.

Adalah dibimbangi tuduhan ini BERTUJUAN MENCETUSKAN KEGELISAHAN DALAM KALANGAN ORANG MELAYU khususnya Melayu luar bandar agar terus berpaut pada Umno walaupun mereka terus-terusan menjadi mangsa kerakusan pimpinannya merompak hasil negara.

Umno juga sedar bahawa kemenangan mereka pada kali ini banyak bersandarkan kelompok Melayu ini. Jadi mereka akan berbuat apa-apa sahaja agar kumpulan ini terus kekal walaupun terpaksa meniupkan isu perkauman.

Namun, jika penyokong Umno RAJIN SEDIKIT membuat kajian mereka akan mendapati bahawa kenyataan pimpinan mereka tentang masyarakat Cina meleset sama sekali.

Selepas meneliti keputusan PRU13 ini, saya mendapati dengan jelas bahawa orang Cina bukanlah memenangkan DAP kerana parti itu berasaskan Cina, tetapi UNDI MEREKA KERANA MENOLAK BARISAN NASIONAL KESELUROHANNYA. .

Tambahan pula, mana-mana kawasan yang mempunyai MAJORITI penduduk Cina atau sekurang-kurangnya 40 peratus pengundi Cina, calonnya daripada Pakatan Rakyat akan menang selesa – TIDAK KIRALAH CALON ITU DARI MELAYU, CINA, MAHUPUN INDIA.

Antara kawasan yang mempunyai pola sedemikian ialah bagi:


(a) P48 Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Pecahan pengundi mengikut kaum bagi kawasan ini ialah:

- Melayu (13.99 %),
-- Cina (73.74 %),
--India (11.22 %)
--dan lain-lain (1.14 %).

Parlimen ini dimenangi oleh Zairil Khir Johari yang berbangsa Melayu mengalahkan Teh Leong Meng yang berbangsa Cina.

Secara logiknya, Zairil Khir Johari boleh kalah teruk tetapi menang dengan majoriti 32,778.


(b) P80 Raub, Pahang.

Pecahan pengundi mengikut kaum ialah
Melayu (48.93 %),
-- Cina (40.99 %),
--India (6.60 %), dan
--lain-lain (3.47 %).

Parlimen Raub ini dimenangi oleh Datuk Arif Sabri Abdul Aziz yang berbangsa Melayu mengalahkan Hoh Khai Mun yang berbangsa Cina dengan majoriti 2,814 undi.

Pada PRU12 yang lalu Ng Yen Yen mengalahkan calon Melayu dengan majoriti 2752 undi. Pada kali ini berlaku sebaliknya.


(c) P100 Pandan.

Pecahan pengundi di kawasan ini asalnya Melayu adalah majoriti. Ketika itu Datuk Ong Tee Kiat berbangsa Cina telah menang selesa.
Namun pada PRU13 ini majoriti pengundi adalah Cina.

Pecahan mengikut kaum ialah
--Melayu (44.36 %),
--Cina (48.14 %),
--India (6.60 %)
--dan lain-lain (0.9 %).

Mohd Rafizi berbangsa Melayu menewaskan Lim Chin Yee dan Tan Yew Leng yang berbangsa Cina dengan majoriti 26,729 undi!


(d) N30 Mentakab, Pahang

Calon Melayu, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menewaskan penyandang kerusi ini yang berbangsa Cina iaitu Datuk Chuah Boon Seong dengan majoriti 1,554 undi.

Pada PRU12, Datuk Chuah menang dengan majoriti 2,439 undi. Pecahan pengundi bagi kawasan ini ialah

--Melayu (50.94 %)
--Cina (40.95 %),
--India (5.92 %)
--dan lain-lain (2.19 %).


(e) DUN N13 Sungai Abong, Bakri, Johor.

Calon PAS, Dr Sheikh Ibrahim Salleh berjaya mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada PRU12 lalu.

Majoritinya turut bertambah dari 1,550 pada PRU12 kepada 3,813 pada PRU13.

Pecahan pengundi bagi DUN ini ialah:
--Melayu (51.33 %),
--Cina (45.22 %),
--India (2.96 %)
--dan lain-lain (0.48 %).


(f) N15 Maharani.

Calon PAS, Dr Mohammad Taslim juga telah mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU12 dan menambahkan majoritinya daripada 158 pada PRU12 kepada 3,136 pada PRU13.

Pecahan pengundi mengikut kaum bagi kawasan ini ialah
--Melayu (54.98 %),
--Cina (41.98 %),
--India (2.50 %)
--dan lain-lain (0.54 %).


(g)N21 Parit Yaani
Calon PAS, Aminolhuda Hassan berbangsa Melayu telah merampas kerusi ini daripada calon MCA Teo Yew Chuan dengan majoriti kemenangan 1,188.

Pada PRU12, MCA menang dengan majoriti 3,857 undi. Pecahan pengundi ialah
--Melayu (55.61 %),
--Cina (43.06 %),
--India (1.82 %) dan
--lain-lain (0.23 %).

Keputusan ini juga membuktikan pengundi Cina bukan rasis kerana turut memberi undi kepada PAS.


(h) N41 Puteri Wangsa
Pengundi Cina dengan jelas membuktikan bahawa kempen menakut-nakutkan mereka dengan isu hudud kurang berkesan dan orang Cina tidak rasis. Hal ini kerana calon PAS, Syed Sis Abdul Rahman menang dengan majoriti 4,469 undi.

Pecahan pengundi bagi kawasan ini ialah
-- Melayu (40.27 %),
-- Cina (47.22 %),
--India (11.79 %)
--dan lain-lain (0.73 %).

Berdasarkan fakta dan maklumat tersebut:

-- Dengan sendirinya MENYANGKAN DAKWAAN bahawa orang Cina bersikap rasis kerana memenangkan calon bangsa mereka.

-- Orang Cina bukan menolak BN atau bangsa mereka sendiri tetapi mereka menolak pemimpin dan parti yang rasuah, salah guna kuasa, rasuah dan pelbagai lagi masalah.

---Selain itu, pengundi cina juga membuktikan bahawa mereka masyarakat yang matang dan celik maklumat serta tidak mudah melatah dengan propaganda politik.

MCA telah memainkan isu satu undi untuk DAP bererti satu undi untuk PAS yang mahu mengadakan hukum hudud.

Umno juga turut menakut-nakut pengundi melalui isu ini. Walaupun ada kalangan pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan hasrat PAS itu, tetapi para pengundi Cina semakin hari semakin memahami apakah hukum hudud.

Buktinya, mereka telah memberi sokongan yang padu dan memberikan kemenangan bergaya kepada calon-calon PAS di kawasan lebih 40 peratus pengundi Cina.

Jika anda rajin menelaah keputusan PRU13 yang lalu, banyak lagi bukti yang menunjukkan bahawa penolakan pengundi Cina bukanlah kerana bangsa atau parti tetapi penolakan total kepada sikap parti pemerintah itu sendiri.

Salah seorang rakan saya berbangsa Cina menyatakan rasa sedihnya apabila dituduh bangsanya bersikap rasis. Bagi beliau, tuduhan itu tidak berasas sama sekali dan tidak menghormati haknya sebagai pengundi untuk membuat pilihan.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian antara kaum, dan kemakmuran negara menyeru agar jangan memainkan isu-isu yang boleh mengundang kebencian antara kaum.

Marilah kita bersama menuju Malaysia baru yang saling hormat-menghormati antara kaum dan agama.

-Majdan Dagang


------------------------------------------------------------

PAS Thanks Chinese Voters for Voting in MALAY Candidates in GE 13

Read here in Malaysiakini:http://www.malaysiakini.com/news/229514


PAS has EXPRESSED GRATITUDE to Chinese voters who backed MALAY Pakatan Rakyat candidates in the recently concluded general election, even if it meant having to VOTE AGAINST A FELLOW CHINESE.

PAS information chief Tuan Ibrahim Tuan Man said the action of these voters proved the claim by Umno that the Chinese had rejected the Malays to be slander.

Tuan Ibrahim said,

“The Chinese voters were willing to vote for Malay candidates without any narrow racial sentiments, as claimed by Umno.

“There are tens of Parliament and state assembly seats that were contested by Malay candidates against candidates from the Tiong Hua (Chinese), in mixed constituencies, which were won by the Malays, proving that Chinese voters were willing to reject candidates of their own race."

He said the Umno claim could also be part of efforts through the mainstream media to create a smokescreen to hide possible cheating in the election and for Prime Minister Najib Abdul Razak to secure his position in Umno.

Umno, Tuan Ibrahim added, must cease “playing with fire” by using the results of the 13th general election to stoke flames of Chinese-versus-Malay sentiments, especially since this was not based on facts.

MORE MALAYS IN PARLIAMENT DUE TO PAKATAN WIN

Meanwhile, in another statement, Pahang PAS information chief Suhaimi Md Saad explained that DAP’s big win in the election did NOT lessen the number of Malay MPs in Parliament.

In fact, Suhaimi said, the success of Pakatan’s candidates only served to increase that number by seven.

He citing various examples of Malay Pakatan parliamentary and state seat candidates from PKR, DAP and PAS defeating their BN challengers, including Chinese candidates.

Among the examples given are:

1. Rafizi Ramli (PKR, right) who won against Gary Lim (BN) in Pandan;

2, Dr Siti Mariah Mahmud (PAS), who won against S Murugesan (BN) in Kota Raja;

3. Abdul Khalid Ibrahim (PKR) who won against Tan Kok Eng (BN) in Bandar Tun Razak;

4. Imran Hamid (PKR) who won against Kong Cho Ha (BN) in Lumut;

5. Mohd Arif Sabri Abdul Aziz (DAP) who won against Hoh Khai Mun (BN) in Raub;

6. Idris Ahmad (PKR) who won against K Parthiban (BN) in Ijok;

7. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP) who won against Chuah Boon Seong (BN) in Mentakab; and

8. Mohd Rashid Hasnon (PKR) who won against Wong Mun Hoe (BN) in Pantai Jerejak.

As to how former Johor Menteri Besar Abdul Ghani Othman could to lose to DAP supremo Lim Kit Siang (left) in Gelang Patah, Johor, Suhaimi said GHANI HIMSELF “lLOOKED FOR TROUBLE , by choosing to contest in a Chinese-majority seat within a constituency that used to be “owned” by MCA.

To further debunk Umno’s claim that non-Malays went against Malays in the ballot box, he further cited 13 examples of seats where NON -Malay BN candidates WON in MALAY-MAJORITY constituencies.

Among the constituencies listed in Suhaimi's statement are -

-- Simpang Renggam (57 percent Malays),

--Tanjung Piai (51 percent),

-- Batu Sapi (51 percent),

-- Gurun (57 percent) and

--Kahang (74 percent).

No comments: