Tuesday 29 September 2009

Hassan Ali's Protector-Godfathers are the Pro-UMNO Faction in PAS Leadership from Trengganu

PAS deputy president Nasharudin Mat Isa (who is from Trengganu) said the party was NOT planning to take any disciplinary action against Dr Hassan Ali over his most recent outburst over Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat).

Despite Pakatan Rakyat members pressing for action to be taken against Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hassan Mohamed Ali over his many outbursts, PAS leaders are standing fully behind him. Read here for more

UMNO's Mole
in Selangor PAS



Hassan Ali's Protectors in PAS
-The Triumvirate Pro-UMNO Faction in PAS Leadership from Trengganu
(Read here and here and here for more)

Kemungkinan Besar Tiada Tindakan Dari PAS Ke Atas Hassan Ali

by

"Tulang Besi"

Read here for more on Malaysia Wave Blog

Dato Hassan Ali tau bahawa apa sahaja yang beliau lakukan, tiada tindakan yang akan diambil ke atas beliau.

Ini kerana beliau tahu PRESIDEN PAS TIDAK akan mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau.

Presiden PAS adalah seorang yang baik dan seorang ulama yang wara' dan banyak berjasaa dalam dakwah.

Tetapi di dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran, beliau tidak akan berani membuat apa-apa keputusan tanpa mendapat kebenaran dari "kawan-kawan" Terengganu beliau, yakni Cikgu Pa, Ustaz Harun Taib dan Ustaz Bakar Chik.

Maklumat yang saya dapati, puak-puak Terengganu amat gembira dan amat menyokong tindakan Hassan Ali menggangu keharmonian Pakatan Rakyat di Selangor.

Ini bererti Presiden PAS pun kelak akan menyokong dan mendokong tindakan Hassan Ali walaupun jelas tindakan Hasan Ali ini berlawanan dengan keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam.

Presiden PAS tidak akan dapat membuat keputusan yang mana keputusan itu berlawansan dengan kehendak dan kemahuan geng Terengganu.

Dan yang lebih menyedihkan tindakan Hassan Ali kali ini adalah bermotivasikan perkauman atau Kebangsaan Melayu.

Presiden PAS sewaktu tahun 80an adalah antara yang lantang menentang kebangsaan Melayu. Ceramah ceramah beliau teruk menghentam kebangsaan Melayu dan beliau kerap memberi kuliah dan ceramah agama berkenaan dengan keburukan kebangsaan Melayu.

Namun apabila Hassan Ali jelas menghina usaha dan ajaran Tuan Guru Haji Hadi seperti sekarang ini, Presiden tetap tidak akan mengambil tindakan terhadap Hasan Ali.

Mengapa?

Kerana Presiden tertakluk kepada kemahuan dan kehendak "Geng" Terengganu yang sudah tidak laku dan bergantung ke jubah Presiden.

Saya kata tak laku kerana orang macam Abu Bakar Chik ditolak di DUN beliau sendiri pada 2004.

Cikgu Pa telah kalah bertanding dalam DUN yang sepatutnya PAS menang tetapi pengundi PAS sendiri menolak beliau menyebabkan beliau kalah.

Ustaz Harun Taib baru2 ini di "boo" dalam satu ceramah di Kemaman. Belum pernah seorang Pesuruhjaya PAS di layan seperti budak umur 12 tahun sebegitu sekali.

Dan lagi menyedihkan Ustaz Harun Taib adalah Ketua Dewan Ulama, namun beliau tetap di boo dan disorak oleh rakyat Terengganu dengan begitu mengaibkan sekali.
  1. Presiden PAS, malangnya, masih meletakkan harapan dan kepercayaan kepada orang-oirang yang bertanggungjawab kepada kekalahan PAS di Terengganu 2004.

  2. Presiden PAS tidak meletakkan kepentingan dan keharmonian parti di atas.

  3. Presiden PAS melektakkan kemahuan dan kehendak "geng Terengganu" di atas segalanya malah melebihi kepentingan serta parti.
PAS akan melalui zaman kegelapan kembali. Orang2 yang bertanggugjawab di atas kemenangan PAS pada 2008 telah dibuang jauh-jauh. Orang2 yang bertanggungjawab atas kekalahan PAS di Terengganu 2004 telah diletakkan di posisi yang teratas dalam parti oleh Presiden.

Maka, walaupun Hassan Ali menghina Pakatan Rakyat, menghina PAS malahan memperlekehkan ajaran Presiden yang menentang kebangsaan Melayu, Presiden akan terus mendokong Hassan Ali sehinggalah agaknya PAS ditolak oleh orang Melayu dan juga orang Bukan Melayu.

PAS menang baru2 ini adalah atas undi ORANG BUKAN Melayu.

Tindakan dan kenyataan Hassan Ali mengecewakan orang bukan Islam yang mengundi PAS. Mereka merasakan mereka ditipu.

Pada waktu yang sama, agenda Melayu yang diperjuangkan Hassan Ali tidak akan menambah undi Melayu kepada PAS kerana PAS bukan parti Melayu. Orang-orang yang sensitif undi Melayu akan mengundi UMNO, dan bukan PAS kerana UMNO adalah parti Melayu. PAS tidak sebut pun perkataan Melayu dalam perlembagaan.

Hasilnya nanti, tindakan Hassan Ali yang disokong Presiden akan menyebabkan orang bukan Islam lari, dan orang Melayu tidak bertambah.

Hasilnya nanti UMNO akan kembali berkuasa dan orang Melayu yang diharapkan mengundi kita tidak kesampaian. Orang bukan Islam sudah tidak akan mengundi kita lagi.

Pegawai2 kerajaan yang dilindungi Hassan Ali ini akan kembali dengan tugas mereka menindas dan melakukan korupsi yang menjadikan PAS terus kalah dalam pilihanraya umum dan kecil.

Itulah nanti jasa dan pembalasan Presiden PAS kepada parti.

Itulah nanti jasa Hassan Ali kepada PAS dan perjuangan Islam.
-"Tulang Besi"

No comments: