Friday 6 February 2009

Inilah Dia Perangai Sebenar UMNO

Read here article in Malaysia Waves blog

Tuan/Puan lihatlah sendiri.

Betapa kotor dan rakus UMNO/BN dalam kes Perak ini. Menggunakan wang sewenang-wenangnya untuk menjatuhkan Menteri Besar PAS. Taktik yang digunakan sama dengan taktik yang mereka gunakan ke atas Pairin dan PBS satu masa dahulu.

Dahulu saya pernah bertanya kepada rakan-rakan dalam UMNO, mengapa mereka sanggup menggunakan taktik yang begitu jijik ke atas Pairin Kittigan dan PBS, jawap mereka adalah Pairin dan PBS ini Kristian dan wajib dijatuhkan.

Saya nak tanya, bukankah YB Nizar ini sama agama dan bangsa dengan kamu, wahai ahli UMNO sekalian.

Mengapa kamu menggunakan taktik yang sebegitu kotor dan jijik ini?

UMNO Memang Bangsa Penipu. Mereka Akan Menipu Sesiapa Sahaja Termasuk PAS

Nasib baiklah PAS tidak masuk BN tempohari. Kalau tidak, sudah tentulah PAS akan diratah-ratah serta dimamah-mamah oleh puak-puak lahanat ini.

Tindakan UMNO dan Najib ini menunjukkan bahawa mereka tidak langsung menghiraukan soal akhlak dan moral di dalam politik.

Yang penting bagi mereka adalah melayan segala kemahuan serta kehendak nafsu syahwat mereka dan tidak kira siapa yang menjadi mangsa.

Di dalam Islam, Nabi SAW melarang umatnya ditipu lebih dari sekali. Orang putih sangat menghargai nasihat Baginda ini sehingga mereka mencipta satu pepatah:
"Fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me".
Ertinya, kalau kita ditipu dengan cara yang sama dua kali, ertinya kita yang bersalah bukan orang yang menipu itu.

UMNO secara semulajadi penipu. Mengapa nak bekerjasama dengan puak-puak penipu ini?

Kalaulah PAS masuk BN dahulu, PAS akan diratah-ratah macam lauk oleh puak-puak tidak berakhlak ini.

Kepada Enche' Pairin Kittigan, dulu kitorang tengok dari jauh je. Sekarang kitorang rasa sendiri betapa peritnya Enche' terpaksa melepaskan kerajaan hanya kerana mainan politik wang UMNO.

Orang lain kata "Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul".
- Tulang Besi

No comments: