Thursday 25 October 2007

JERAI MP Badruddin Amiruldin Says in Parliament: "Now You Are Sitting in a Wheelchair. God Has Punished You."

UPDATE

MP for Jerai Badruddin Amiruldin (BN -- Umno), apologised to MP Karpal Singh
(DAP - Bukit Glugor) in the Dewan Rakyat today.However, Karpal was not in the
House to accept Badruddin's apology. Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), who
represented Karpal, praised Badruddin for his action. Read here
for more


Read here full article in Roslan SMS Blog


Quote:
"You (Karpal) are no better. Now you are sitting in a wheelchair. God has punished you."
-
MP Badruddin Amiruldin in Malaysian Parliament




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(Image Courtesy of "Bodohland" Blog)

Satu dari warisan bangsa Melayu turun-temurun adalah adab dan sopan-santunnya.

Orang Melayu ramah dan tinggi budi-pekertinya. Mereka rata-rata menghormati orang lain, tetamu dan orang asing. Bertandanglah ke rumah orang Melayu, samada dengan undangan ataupun tidak, pasti tetamu tadi akan disajikan sekurang-kurangnya dengan minuman dan kemungkinan dengan kuih, buah-buahan dan mungkin juga hidangan yang lazat.

Orang Melayu juga diasuh dan dididik agar selalu malu. Merka menghormati orang-orang tua, yang alim, yang berilmu dan yang berkedudukkan. Mereka tidak menghina atau mencerca orang lain, lebih-lebih lagi yang miskin, hina, atau kurang upaya.

Itulah lebih kurang perwatakkan orang Melayu sehinggalah zaman dan kemajuan menelan dan merobahnya sedikit demi sedikit. Namun rata-rata kebanyakkan orang Melayu apa kelas kehidupannya sekalipun masih beradab dan bersopan, kecuali yang telah liar dan tersasar.

Dewan Rakyat adalah dewan perhimpunan wakil-wakil rakyat, pemimpin masyarakat yang dipilih rakyat dari segenap ceruk dan rantau negara. Di sinilah berhimpun ketua-ketua yang telah kita amanahkan untuk mewakili kita.

Dan sudah pasti di sinilah juga, ditempat mereka yang terpilih ini berhimpun, pemimpin-pemimpin Melayu akan mempamirkan adab dan kesopanan bangsa mereka ketika berhujah dan mengeluarkan pandangan, kerana bukankah bahasa itu menunjukkan bangsa.

Hari ini sebagaimana dilaporkan oleh NST, seorang wakil rakyat Melayu jelas termasuk dalam kategori yang liar dan tersasar tadi.

Semasa menyanggah hujah wakil Bukit Gelugor, Karpal Singh, wakil Jerai, Badruddin Amiruldin telah bangun dan dengan bongkak berkata (dari NST):


" You (Karpal) are no better. Calling us (BN MPs) animals, you insult
people. Now you are sitting in a wheelchair. God has punished you. "

Awak pun sama juga. Panggil kami binatang, awak menghina orang. Sekarang awak duduk atas kerusi roda, Tuhan sudah hukum awak.

Tiadakah ada dalam penguasaan wakil rakyat Jerai itu bahasa yang lebih baik dan sopan?

Mungkin gelagat Karpal menyakiti hati beliau (atau mungkin beliau memang sengaja mahu mencuri publisiti) tetapi mengapakah sehingga perlu menyentuh keadaan fizikal seseorang?

Kalau menyentuh warna kulit, bahasa atau bangsa, kita istilahkan orang yang demikian sebagai RACIST, tetapi dalam hal wakil Jerai ini bagaimana?

Mungkinkah bahasa sudah tidak melambangkan bangsa lagi bagi kelompok wakil-wakil rakyat ini? (Bolehkah kita ambil kesimpulan bahwa semua yang sempurna kemudian ditimpa kemalangan dan terpaksa berkerusi roda, dalam keadaan demikian kerana di hukum Tuhan?)

Kerana itu kesimpulannya berhati-hatilah, bukan hanya ketika di jalanraya tetapi lebih-lebih lagi ketika pilihanraya.

No comments: