Saturday 16 June 2007

A Blogger Accuses a Minister as " PALING CELAKA" in MALAYSIA

Read here full article by "Tun Telanai": in JEBAT BLOG (in Bahasa)

Excerpts: Read here for more

".....Assalamu'alaikum wm.wrt,

Maafkan saya, saya telah memilih tajuk di atas ( "MENTERI PALING CELAKA DI MALAYSIA ").

Rasanya kurang beradab mengikut budaya kita.

Apa boleh buat saya telah hilang ‘perkataan’ berbudaya itu. Saya bukan memilih perkataan itu tidak bersebab untuk berkata sedemikian...Tentunya bersebab.

(Here are the reasons:)

  1. Pertamanya , (Menteri ini) terlalu lama sangat menjadi menteri [sejak di zaman Dr. Mahathir sebagai PM] sehingga beliau tidak atau malas hendak menjadi wakil kepada rakyat. Semuanya diserahkan bulat-bulat kepada wakil-wakil yang dilantiknya bagi mengwakili dirinya untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapi rakyat. Turun padang, jarang-jarang sekali, kecuali majlis-majlis berbentuk ‘grand’ barulah beliau turun menemui rakyat sebagai Raja. Dan ketika sampai masa pilihanraya 5 tahun sekali. Keraplah beliau kelihatan bersama rakyat.

  2. .... lebih suka menjalankan tugas di luar Negara [kononnya selaras dengan peranan beliau sebagai menteri.] Banyak masanya habis di luar Negara, terbang ke sana ke mari, kakinya jarang memijak bumi. Beliau lebih gemar menghadiri mesyuarat, forum, seminar dan lawatan perdagangan di luar Negara kerana ianya lebih berimejkan antarabangsa dan penuh glamour. Yang dipentingkannya ialah imej popular diperingkat antarabangsa. Mengikut rekod yang ada, ia hanya menghadiri 31 hari dalam tempoh enam tahun dan 400 kali Parlimen bersidang.

  3. ....Beliau memimpin secara kuku besi. Beliau lebih suka kepada orang yang pandai mengampu, memuji dan memuja beliau setiap masa. Sesiapa yang berani mengkritiknya, orang itu akan dicantas dan ditimbuskan dalam kongkongan politik kuno [jungle of politic] UMNO.

  4. ...adalah manusia hipokrit [atau kalau tidak menjadi kesalahan boleh juga boleh disebut munafik]. Ketika Dr.Mahathir memerintah, beliau kaki mengampu dan bodek nombor wahid. Apa sahaja tindakan Mahathir lakukan semuanya betul dan benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka. Inilah orang yang pertama meluru naik ke pentas sehingga kasut tumit tingginya patah, menerkam Dr.Mahathir, ketika itu Dr.Mahathir sedang mengumumkan perletakkannya di penutup Mesyuarat Agung UMNO pada tahun 2002. (Ia) memutarkan jarumnya balik ke 360 darjah apabila Abdullah dipilih menjadi PM mengantikan Dr.Mahathir... (Ia) kembali menyembah Abdullah sepertimana yang beliau telah lakukan terhadap Dr. Mahathir.

  5. ...(ia) telah mencetuskan kontroversi mengenai AP yang diperlukan untuk mengimport motokar buatan luar negara ke Malaysia. Isu ini tercetus apabila Dr Mahathir [Penasihat Proton], semasa membuat kenyataan mempertahankan Proton, mendakwa AP disalahgunakan hingga membolehkan kereta import diisytiharkan lebih rendah daripada nilai sebenar dan dengan demikian dibawa masuk dengan murah dan mewujudkan persaingan yang tidak adil bagi pembuat kereta nasional pertama itu. (Ia) menafikan dakwaan tersebut dengan berkata Proton yang tidak memperlihatkan prestasi yang baik dalam pasaran seberang laut..... Ini menimbulkan kekecohan kerana ia mendedahkan tiga orang iaitu Nasimuddin SM AMin, Syed Azman Syed Ibrahim dan Mohd Haniff Abdul Aziz, memegang kebanyakan daripada 67,157 AP bagi mengimport kereta. Paling mengejutkan apabila terdapat bekas pegawai MITI yang rapat dengan (Menteri tersebut) yang tidak ada pengalaman dalam industri auto-mobil ini turut tersenarai sebagai penerima atau anugerah terbesar AP ini. Persoalan juga timbul tentang bagaimana 20 syarikat diberikan 80 peratus AP kerana ini menjejaskan dasar untuk memajukan bumiputera sebagai usahawan dalam bidang auto-mobil.

  6. ...seorang menteri yang tidak bertanggungjawab apabila membiarkan bil telefonnya tertunggak bertahun-tahun lamanya sehingga mencecah mencecah RM 10,291.17 . Ini satu tindakan yang paling tidak adil kepada rakyat, apabila rakyat gagal membayar bil-bil utiliti seperti elektrik, air dan telefon, maka dengan pantasnya pihak berkenaan akan menambil tindakan dengan memotong perkhidmatan. Tetapi menteri ini tidak menjelaskannya, pihak TM senyapkan sahaja. Apakah undang-undang dan peraturan di Malaysia hanya terpakai untuk rakyat jelata sahaja? Atau apakah para menteri dan golongan dif-dif dikecualikan atau dilindungi oleh pihak-pihak tertentu?
    [ http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view]

  7. ....juga banyak melakukan kesalahan trafik, tetapi payah untuk membayar saman tersebut. Selaku menteri dilindungi oleh polis dan JPJ. Rakyat juga yang dimangsakan.Ada yang ditangkap, digari dan sebagainya para menteri yang terlibat dalam kesalahan ini, polis berdiam diri tidak berani bertindak. [ http://www.malaysiakini.com/news/55030]

  8. ....anaknya, (berumur) 33 tahun telah membuat laporan kewangan palsu mengenai kedudukan kewangan Kumpulan NasionCom yang anak beliau menjadi pemiliknya. Anaknya mendakwa kumpulan NasionCom sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Negara ini telah membuat keuntungan berjumlah RM200 juta pada tahun 2005, tetapi dalam siasatan pihak Suruhanjaya hanya mendapati keuntungan Kumpulan Syarikat NasionCom hanyalah sebanyak RM143,109,727 sahaja, bukan RM200 juta seperti yang didakwa. Jika sekiranya didapati bersalah, anak ini boleh didenda sebanyak RM3 juta atau dipenjara tidak lebih daripada 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Sepanjang zaman, orang akan kenang dua beranak ini sebagai perompak Melayu moden yang diselamatkan [ada imuniti] disebabkan adanya kuasa dan kedudukan. Kuasa digunakan untuk menyelamatkan diri dari dikenakan sebarang hukuman dunia.

  9. ...kes rasuah yang tidak pernah padam dalam kamus kehidupan rakyat Malaysia, walaupun berkali-kali pihak Peguam Negara [AG] menafikan Menteri ini tidak terlibat dan tidak ada bukti cukup untuk membuat pendakwaan terhadap, namun rakyat Malaysia yang masih celik tidak mudah percaya terhadap mainan politik AG itu. Pendedahan ini menyebabkan Ezam Mohd.Noor merengkok dalam penjara selama dua tahun [dan juga ditahan di bawah ISA].
Jadi, apabila tenguk akan salah-laku yang lakukan oleh Menteri ini yang merupakan seorang menteri kanan dalam karbinet Dr. Mahathir dulu dan kini dalam karbinet Abdullah, maka sewajarnya beliau patut disebut sebagai “MENTERI PALING CELAKA DI MALAYSIA” kerana menteri-menteri lain yang dituduh rasuah [kecuali Samy Vellu] telah meletakan jawatan Menteri, Ketua Menteri dan MB seperti bekas Presiden MCA, Dr.Ling Leong Sik, Isa Samad, Osu Sukam, Kasidah Gaddam Osman Aroff [MB Kedah] dan lain-lainnya.

No comments: